Rabu, 27 April 2011

REHAT MINDA

EKAU BUKAN NINJA
oleh Ujang Budak Minang pada pada 28hb April 2011 pukul 8.36 pagi
 
SATU AGHI TU LA KAN...ADO SOGHANG PEMUDO YANG SODANG MENGEMBARA KO SEGHATO PELUSUK DUNIO.TUJUAN EY IOLAH MENCARI KOBENARAN.KOBENARAN APO YANG DI CAGHIK EY KAMALMOHDNOR PUN TAK TAU.APO LAIE LAH KITO.NAK DI JADI KAN CEGHITO TETIBO GHOSAK LA KETO EY KEK DOPAN LOBAI SAHAK.LOPEH MEMBOGHI SALAM TIGO KALI LOBAI SAHAK PUN KELUA MENANYOKAN MASALAH EY.PEMUDO TU PUN MONGADU LA MASALAH EY KEK LOBAI SAHAK.MAKO LOBAI SAHAK PUN MOREPAIR KETO PEMUDO ITU ,SPONSOR DIO MAKAN MALAM DAN LEPAK KEK GHUMAH EY SAGHI.TETONGAH MALAM MASO OGHANG LAIN TONGAH TIDO...PEMUDO TU TEDONGA BUNYI BISING.DUO TIGO KALI DEH TEBONGKA DAN TAK DAPEK TIDO.SOK PAGI EY SEBOLUM DIO BETOLAK MENINGGAAN GHUMAH LOBAI SAHAK ...DIO PUN BETANYO `APO ULEK EY YANG BEMBISING TETONGAH MALAM KEK GHUMAH TUAN LOBAI NI...TAK DAPEK TIDO SEY DI BUEK EY`TEY.LALU JAWAP LOBAI SAHAK `DEN TAK BULIH BAGITAU KAU..SOBAB EKAU BUKAN NINJA`.BEKOGHUT KONING PEMUDO TU MOMIKEY AN NYO...TOMPI DIO MALEH NAK AMBIK TAU BONA  SOBAB DIO ADO KOJO LAIN NAK BUEK.

 SOLANG BEBEGHAPO TAHUN SEKALI LAIE PEMUDO TU MOLINTEH DOPAN GHUMAH LOBAI SAHAK...KETO EY GHOSAK YO LAIE MACAM DULU.LOBAI SAHAK LAK CANTU YO LAYANAN EY.DI REPIR AN NYO KETO EY....PEHTU DI MASAK AN NYO NASIK DAN DI BOGHI EY TOMPEK TIDO.MALAM TU LAIE SEKALI DIO NONGA BUNYI BISING MACAM YANG PONAH DI DONGA EY BEBEGHAPO TAHUN YANG LALU.TAK YO DAPEK LOLAP LAIE DEH MALAM TU.PEPAGI ESOK EY DIO BETANYO LAIE KEK LOBAI SAHAK.APO NAMEY EY YANG BEMBISING KEK GHUMAH EY MEMALAM TU.MACAM TAHUN SUDAH JUGAK LOBAI SAHAK MENJAWAP `DEN TAK BULIH  BAGITAU KAU SOBAB EKAU BUKAN NINJA`.TEGHASO BONGIH LA PULAK PEMUDO TU LANSUNG DI KOBAANNYO...`CENIA LA....TOLONG LA KOBAAN KEK DEN CEMANO NAK JADI NINJA NI...POLAK LAK NYAO DEN GHASO EY NONGA JAWAPAN YANG SAMO TU`.MAKO KATO LOBAI SAHAK `EKAU POI LA MENGEMBARO KE SEGHATO PELUSUK ALAM NI...EKAU KIGHO LA BEGHAPO GHUMPUT YANG ADO KEK MUKO BUMI NI....NESCAYO EKAU AKAN MENJADI NINJA`.LALU POIE LA PEMUDO TU DONGAN BONGIH EY DAN DIO PUN STAT LA MENGIGHO GHUMPUT YANG ADO KEK SEGHATO ALAM NI.

BEBEGHAPO TAHUN KOMUDIAN SAMPAI LA DIO KOGHUMAH LOBAI SAHAK DONGAN KUSUT MASAI EY.KETO EY PUN DAH TAKDO LAIE..KASUT .EY PUN DAH TINGGA SEBOLAH...DUIT EY LANSUNG TAKDO.MAKAN PUN APO YANG SAMPAI KO MULUT YO LAH.SETOLAH BAGI SLAAM TIGO KALI....LOBAI SAHAK PUN KELUA.`DAH DAPEK KIGHO LOM` TANYO LOBAI SAHAK.`DAH....TEY DIO...SUMO EY ADO 1738435,4730535,05-2983746%r4E9U LIUN`.MAKO SONYUM LAH LOBAI SAHAK....`EKAU SEKARANG ADOLAH SEOGHANG NINJA `KATEY DIO.LALU DI BOGHI EY PEMUDO TU SOBUAH ANAK KUNCI.`KAU POIE BUKAK PINTU BILIK KEK BLAKANG TA...NANTI EKAU TAU LA APO BUNYI BISING YANG EKAU DONGA MEMALAM TU`.

MAKO PEMUDO TU PUN BUKAK LAH PINTU BILIK TU.SEBALIK PINTU BILIK TU ADO PINTU BOSI...DI BUKAK EY PINTU BOSI..ADO PINTU BATU...DI BUKAK EY PINTU BATU...ADO PINTU TEMBAGO...DI BUKAK EY PINTU TEMBAGO ...ADO PINTU PEGHAK...DI BUKAK EY PINTU PEGHAK ..ADO PINTU OMEH...DI BUKAK EY PINTU OMEH....LANSUNG TEGOLAK YO DEH.EKAU TAU APO YANG DIO NAMPAK ? `DEN TAK BULIH BAGITAU KAU...SOBAB EKAU BUKAN NINJA



 
Gamba hiasan kelepet daghi potopages Akashah Abu samah
 

Selasa, 26 April 2011

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2011

kabinet malaysia 2010
Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan
Menteri: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Jumaat, 22 April 2011

ASAL USUL TEMPAT KELAHIRAN AKU

Felda Air Tawar 1

Felda Air Tawar 1 adalah rancangan sawit yang pertama dibangunkan diantara 5 rancangan dalam gugusan Air Tawar. Nama Air Tawar diambil dari nama kawasan tadahan air tawar di Sungai Seluyut. Sempena dengan itu rancangan ini telah dinamakan Felda Air Tawar 1.
Felda Air Tawar 1 mulak diterokai pada awal tahun 1969 dan mula menerima para peneroka mulai tahun 1970 sehingga 1972. Jumlah rumah peneroka yang dibina sebanyak 670 buah. Keluasan tanah, tanaman kelapa sawit 2535.49 hektar. Keluasan perkampungan 138.80 hektar. Jumlah keseluruhan penduduk di Felda Air Tawar 1 ialah seramai 4,200 orang. Penduduknya terdiri dari bangsa Melayu dan beragama Islam.
Punca pendapatan penduduknya, dari hasil ladang kelapa sawit, kilang dan juga berniaga. Felda Air Tawar 1 terletak dalam mukim Johor Lama, di daerah Kota Tinggi, Johor. Jarak ke bandar Kota Tinggi lebih kurang 25 km. Jarak ke Balai Polis Air Tawar 2 lebih kurang 6 km. Sempadan Utara Felda Air Tawar 1 ialah Felda Air Tawar 2, dibahagian Barat pula bersempadan dengan Ladang Nanyo, arah Selatan bersempadan dengan Teluk Sengat dan disebelah Timur pula bersempadan dengan Felda Air Tawar 4 & Lok Heng.
Felda Air Tawar 1 ini termasuk didalam kawaasan pentadbiran FELDA wilayah Johor Bahru. Persempadan kawasan pilihan raya meletakan Felda Air Tawar 1 didalam kawasan undangan negeri N29 iaitu Dun Johor Lama yang kini diwakili Yang Berhormat Puan Asiah Binti Md Arif. Manakala kawasan parlimennya ialah P139 iaitu parlimen Panti yang diwakili oleh yang Berhormat Dato Seri Syed Hamid Bin Dato Syed Jaffar Albar. Terdapat dua parti Politik yang aktif di kawasan ini iaitu Parti UMNO dan Parti Pas.

ILMU DAN FUNGSI AKAL

Dalam bahasa umum akal itu dipanggil otak,disamakan dengan otak.sebenarnya akal itu bukan otak.kalau akal itu otak bererti makhluk berkaki didunia ini mempunyai akal.kalau begitu semua makhluk mesti cerdik dan pintar..kepintaran dan kecerdikan ternyata hanya milik manusia.walaupun mereka(makhluk lain)ada otak tetapi tetap juga tidak berakal.dan boleh di tipu-tipu.mereka tidak boleh mengatasi kecerdikan manusia.ini menunjukan akal itu bukan otak dan otak itu bukan akal..
Terbukti disini  manusia adalah mahkluk yang berakal..apa yang terjadi dunia hari ini..ada juga manusia yang sudah hilang kewarasan..hanya ada otak dan tidak berakal..kita sendiri dapat melihat kekejaman yang berlaku di atas muka bumi..apabila ada manusia bertindak kejam mengalahkan binatang yang ada otak tetapi tidak berakal..Dunia semakin maju bermacam-macam kemodenan yang canggih.tetapi manusia semakin tidak bertamadun..kekejamman demi kekejaman telah ber laku diatas  muka bumi..peperangan merebut kuasa.,berbunuhan sesama manusia..dan macam-macam hal lagi diatas muka bumi..adakah mereka yang melakukan kerosak kan diatas muka bumi ini makhluk yang tidak berakal ?..hakikatnya manusia itu berakal...

     FUNGSI AKAL
     Akal hanya ada kepada manusia sahaja,tetapi tidak ada kepada mahkluk lain.otak itu hanya sebahagian daripada organ dalam tubuh sesuatu mahkluk .ia terletak dibahagian atas dalam kepala.

BERFIKIR
Fungsinya  untuk menerima (mengkaji/bertindak)keatas sesuatu rangsangan daripada pancaindera,hati,mata,hidung,telinga dan lain-lain.kegunaan otak terbatas kepada apa yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera itu(manusia)sahaja.
dalam erti lain, otak hanya boleh menterjemahkan apa yang sudah wujud dan nyata sahaja.tetapi tidak boleh memikirkan (ma'rifat)tentang sesuatu kejadian disebalik (maujud)itu.Lain dengan akal,kegunaan dan fungsi akal lebih luas dari itu.akal bukan cuma boleh menerima dan memikir terhadap apa yang maujud,tetapi juga boleh menyelami apa yang belum wujud.


i
ini lah apa yang berlaku dunia hari ini.semakin tandus nya dunia manusia hilang pertimbangan..kerana kuasa,harta dan nafsu mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa oleh manusia yang berakal..lebih kejam dari binatang yang hanya mempunyai otak yang tidak mampu berfikir kerana tiada akal.
"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk (kejadian)yang sebaik-baiknya."
(AT-TIN:4)








Khamis, 21 April 2011

Apa itu politik








Strategi dan Falsafah

Penulisan politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan "mengapa politik".
Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao.
"Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.
Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.
Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":
Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).
Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "ethik dilakukan dihadapan umum", di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.

Selain kerajaan, [kewartawanan |wartawan], kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini.
Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". (1) Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-oramg Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta.
Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machiavelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan "The Communist Manifesto" pada tahun 1848, risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20.
Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan.
Selain dipengaruhi oleh masaalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada angin fashion sebagaimana yang lain.

Rabu, 20 April 2011

SELAMAT DATANG KE ALAM STREBENTUEN

Sepatutnya semakin banyak belajar semakin pandai,semakin lama hidup semakin matang atau semakin banyak berfikir semakin paham,akan tetapi hakikatnya diri Malim semakin bodoh, dan semakin mengelabah dan semakin tak reti.Maka terpaksa lah Malim membelek-belek kelakuan manusia dan binatang mencari-cari makna dan hakikat kebenaran kerana Malim sudah tidak mampu menilai dengan baik.Teringat lah Malim akan peristiwa sekira-kira dua tahun yang lampau.Ketika itu Malim bermenung-menungan di tepi hutan berhampairan kolam ikan Malim di kaki banjaran titiwangsa sana.Sedang melihat kabus tebal menyelubungi hutan banjaran titiwangsa,pandangan Malim tiba-tiba terlempar kearah seekor ibu ayam yang sibuk mengais-ngais dan mencakar tanah mencari makanan.Di belakangnya empat ekor anak itik yang masih kecil(sekira-kira baru beberapa minggu menetas)berebut-rebut mengutip makanan.

Lantas terpesonalah hati Malim seraya berbisik `Alangkah mulianya hati manusia yang mengeramkan telur itik kepada ibu ayam ini kerana dapat juga si anak itik menumpang kasih setelah kehilangan ibunya semenjak di alam telur lagi`.Akan tetapi sebaik sahaja menghampiri kolam anak-anak itik tersebut terus turun berenang sebagaimana layaknya itik berenang.Lalu tercengang-cengang lah si ibu memerhati dari atas tebing.Apa bila si anak berenang keseberang,demikianlah juga si ibu terpaksa berlari mengelilingi kolam menunggu di seberang,apabila berpatah haluan si anak itik ke kiri,berlarilah pula si ibu ayam ke kiri.Maka huru hara lah Malim lihat si ibu ayam cuba menjaga anak-anaknya(yang sebenarnya anak itik) sedangkan bersukarialah si anak itik bergolek-golekkan di permukaan air.Rasa terpesona dihati Malim tadi tiba-tiba bertukar kesal ke tahap karipap.Lalu keluarlah hukum kedua dari sanubari Malim `Alangkah zalimnya hati manusia yang mengeramkan telur itik kepada ibu ayam ini,selama manakah si ibu akan berlari-lari mengepung si anak kerana bimbangkan keselamatannya? Malim sebagai makhluk yang berperasaan dan berakal seharusnya menyelamatkan kerosakkan ini dari terus berlaku.


Maka bingkaslah Malim bangun lalu mencari-cari akan budak penjaga kolam tersebut untuk membetulkan keadaan.`eramkan telur ayam kepada ayam dan telur itik kepada itik nescaya tidak akan berlaku lagi kezaliman dari tangan-tangan manusia`khutbah Malim kepada budak penjaga kolam.`Sesungguhnya tuan kolam ini telah mati hatinya kerana tidak memahami bahasa-bahasa alam`Hukum Malim kali yang ketiga untuk pagi yang indah tersebut.Dengan bersopan santun dan penuh berbudi bahasa budak penjaga kolam menjawap`Tuan..ketahuilah bahawa kolam ini kepunyaan tuan dan tuan lah yang mengarahkan kesemua telur itik yang kami temui di tepi semak kepada ibu ayam tersebut`Malim terkesima.Serentak dengan itu fail-fail lama terbuka.Tanpa catatan haribulan yang pasti atau tarikh yang tertentu namun kisahnya amat jelas untuk Malim baca dan imbas semula.Empat biji telur ayam hutan yang Malim eramkan kepada itik juga mempersembahkan hakikat yang serupa.saban hari Malim menziarah telur-telur tersebut dan menanti-nanti saat ia menetas.Cuma terlepas pandang seketika Malim tiba-tiba ternampak empat ekor anak ayam hutan yang baru menetas berlari melintasi pagar dan terus masuk kehutan meninggalkan ibu itik yang masih mengeram...dan hari ini pada beberapa tahun kemudiannya Malim melakukan lagi kesilapan yang serupa.Malah terus berulang-ulang dan Malim menyedari perkara itu pada setiap kali ia berlaku.Bermula dari saat itu Malim semakin berhati-hati sebelum menghukum sesuatu yang terlihat dengan mata,kerana hukum Malim terlalu mudah berubah.


Menyedari hakikat itu Malim mencuba methode yang baru demi untuk tidak menghuru-harakan alam sekeliling.Malim sudah takut untuk campur tangan sewenang-wenangnya perihal makhluk-makhluk di sekeliling Malim.Malim tidak mahu kebodohan jiwa Malim akan menambahkan HAL-HAL yg lain kepad makhluk-makhluk yang lain.Tersedar dari alam kestrebenan Malim apabila suara keras budak penjaga kolam 1 sedang membebel menegur budak penjaga kolam 2 kerana kegemarannya memelihara burung.Sememangnya Malim sedar keliling warung ikan bakar di kolam Malim itu bergantungan sangkar balam dan tekukur.`zalim perbuatan kau ni tau tak,kau tak fikir ke anak bini burung tu tunggu laki dia..tunggu bini dia kat rumah.kau tangkap mak bapak dia..nanti anak-anak burung ni sapa nak jaga` Pantas hati Malim menjawap` tuhan`..ahhhh celaka sungguh.cepat saja Malim campur hal makhluk lain.Walhal Malim sudah banyak kali memperingatkan diri Malim sendiri akan kebodohan malim mentafsir hakikat.Apa yang Malim risaukan cuma HAL itu berlaku di depan mata Malim sendiri.


Penjaga kolam 2 yang agak berumur dan agak wara` meneruskan khutbahnya tentang perlunya kasih sayang sesama makhluk.Sesekali terhamburlah akan hadisnya yang lengkap bersama matan dan sanadnya sekali serta huraian yang panjang lebar.kepetahannya berbicara memaksa Malim memasang telinga menadah ilmu syariat yang sedap telinga Malim mendengarnya.`Jangan kita menzalimi sesama makhluk,tidak ada kasih allah bagi orang yang tidak mengasihi`ujarnya lagi sambil mengelap tumpahan teh tarik di hadapan meja Malim dengan sehelai tuala basah.Budak penjaga kolam 1 diam membisu sambil terus mengira sisik kaki tekukurnya.Mata Malim hanya melihat puluhan ekor semut diatas meja di sapu dengan tuala basah sambil mulutnya terus menghamburkan nasihat-nasihat yang diselang-seli dengan firman dan hadis.Kepala Malim semakin serabut-Bagaimana Malim akan menerima nasihat orang berilmu yang menegur sedikit kerosakkan sedang mereka melakukan kerosakkan yang lebih besar.

SELAMAT DATANG KE ALAM STREBENTUEN

MASO EY TOLAH TIBO
KOMBALI KO ALAM STREBENTUEN
DI ALAM YANG TOPU OKSIGEN EY KUGHANG AMEK HIDROGEN EY
DI ALAM TAKDO SEGHABUT PASAL SUGHAT URUSAN KERAJAAN MAU PUN SWASTA
DI ALAM KASIH SAYANG SESAMO MAKHLUK YANG TEGHOBANG BEGHONANG MAU PUN MELATA
DI ALAM KEMBALI MEMBACO ALIP BA TA


APO KOBA BANGAU
MASIHKAH MOGUN TOMPI TOBING NUNGGU IKAN TAK TIMBO?


APO KOBA SIAMANG DAN CIKAH
BEGHAPO KALI DAH NYEMPULUN DAN GUGO TOGAH DEK DAHAN SOKAH?


APO KOBA SPIDER MO LELABAH
KUYAK LAIE KO JAGHING DI LUNGGAH EY DEK MEGHOBAH?


APO KOBA MEMOGHANG ANAK BEGHANAK TEMASUK KETUO?
ADO KO LOBIH EY SIKIT LAM LUBUK TINGGA UMPOK KITO


APO KOBA GAJAH GHIMAU PELANDUK GHUSO ?
SELAMAT SEJAHTERA LAH HONDAK NYO ...ESOK PAGI KAMI TIBO.


Lobai_Sahak
ajk khairat kematian kampung pilin.